top of page
Request a free 15 minute consultation

Success! Message received.

Syarahan Tahunan Naib Canselor 2013 

"Untuk menggalakkan perkongsian peralatan canggih dan meningkatkan kualiti penyelidikan berimpak tinggi, kita akan menyediakan kemudahan melalui pendekatan Makmal Berpusat.

 

Matlamat asas pembangunan Makmal Berpusat ialah bagi membolehkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyediakan peralatan canggih dan mahal yang boleh digunakan oleh semua penyelidik di UMT dengan cara lebih berkesan, kos efektif dan penyelenggaraan yang rapi.

​

Makmal begini akhirnya boleh dinaik taraf menjadi Makmal Kebangsaan dan diperluaskan penggunaannya untuk para saintis kebangsaan. Konsep makmal berpusat akan diperluaskan meliputi Stesen Penyelidikan Luar Kampus. Pada peringkat awal Pusat Penyelidikan Pulau Bidong, Pusat Penyelidikan Tanah Bencah Setiu dan Unit Kapal (Pelabuhan Penyelidikan dan Pengajaran) akan ditempatkan di bawah pengurusan MB".

​

Piagam Pelangan
  1. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan terbaik untuk menyokong kecemerlangan penyelidikan berterusan.

  2. Mempraktikkan tahap profesionalisme, integriti dan kompetensi yang tinggi pada setiap masa.

  3. Memastikan kesediaan instrumentasi dan fasiliti supaya dapat digunakan pada waktu yang diperlukan.

Motto, Visi & Misi

Motto

Memacu Kecemerlangan Penyelidikan Lestari

​

Visi

Menjadi pusat sokongan kecemerlangan penyelidikan berfokus yang diiktiraf kebangsaan dan antarabangsa

​

Misi

Merealisasikan kecemerlangan melalui penyediaan pengurusan fasiliti yang sistematik dan dinamik

Kata Aluan Pengarah Makmal Berpusat 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bismillahirahmanirrahim…..

​

Makmal Berpusat bertekad merealisasikan hasrat Naib Canselor dalam usaha menggalakkan perkongsian peralatan canggih dan meningkatkan kualiti penyelidikan berimpak tinggi di UMT. Kemudahan-kemudahan penyelidikan seperti instrumantasi makmal berkapasiti tinggi, fasiliti yang lengkap di Stesen- Stesen Penyelidikan Luar dan fasiliti sokongan yang terbaik untuk memacu penyelidikan mapan tidak terhad di UMT malah keseluruh dunia.

​

Matlamat asas pembangunan Makmal Berpusat ialah bagi membolehkan UMT menyediakan peralatan berteknologi tinggi yang boleh digunakan oleh semua penyelidik di UMT dengan cara lebih berkesan, kos efektif dan penyelenggaraan yang rapi.

 

Justeru, Makmal Berpusat berazam untuk menjadi makmal bertaraf Kebangsaan pada masa hadapan. Konsep ini akan diperluaskan meliputi Stesen Penyelidikan Luar Kampus.

​

Bagi merealisasikan hasrat ini, Warga UMT haruslah menggembleng kekuatan kepakaran yang sedia ada dan mencakupi kepelbagaian ilmu, multi dan transdisiplin yang lebih lestari dan potensi untuk melonjakkan UMT sederap Universiti terkehadapan dunia.

​

Salam hormat,

Prof. Madya Ir. Dr. Mohammad Fadhli bin Ahmad

Pengarah,
Makmal Berpusat,
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Objektif Makmal Berpusat
Catatan
Sejarah Makmal Berpusat
​

Makmal Berpusat atau Central Laboratory telah ditubuhkan pada Januari 2013. Penubuhan ini adalah selaras dengan hasrat Dato’ Naib Canselor untuk melihat pengurusan fasiliti penyelidikan yang lebih baik dan dinamik.

 

Makmal Berpusat terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Pengurusan Kompleks Makmal, Bahagian Pengurusan Kapal & Bot dan Pengurusan Stesen Penyelidikan Luar (i- Stesen Penyelidikan Marin, Pulau Bidong ii- Stesen Penyelidikan Tanah Bencah, Setiu Wetland iii- Stesen Penyelidikan Penyu Chagar Hutang, Pulau Redang).

 

Makmal Berpusat diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Zamri Ibrahim sebagai Pengarah. Beliau juga dibantu oleh Encik Asrul Azani Mahmood sebagai Ketua Makmal, Kapten Mohd Naim b. Fadzil sebagai Ketua Bahagian Kapal & Bot I, Kapten Noor Apandi b. Osnin sebagai Ketua Bahagian Kapal & Bot II. Encik Ahmad Azhar Che Ali sebagai Penolong Pendaftar.

​

  • Memacu agenda penyelidikan UMT dengan penyediaan  makmal berkapasiti tinggi,  fasiliti yang terkini dan instrumentasi yang terbaik.

  • Menyokong penyelidikan mapandengan penyediaan fasiliti berteraskan bidang tujahan di stesen-stesen penyelidikan luar UMT.

  • Memperkukuhkan agenda penyelidikan dengan penyediaan fasiliti sokongan yang dinamik

bottom of page