
MAKMAL BERPUSAT
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
TEROKAAN SELUAS LAUTAN DEMI KELESTARIAN SEJAGAT
Tel : +609-6683559
Faks : +609-6683395
Emel : makmal.berpusat@group.umt.edu.my
Website: http://makmalberpusat.umt.edu.my/
Facebook: Makmal Berpusat Universiti Malaysia Terengganu
Bahagian Pengurusan Makmal Berpusat
Pihak pengurusan memainkan peranan dalam pengurusan kewangan & operasi Makmal Berpusat secara menyeluruh.
Bahagian Pengurusan Stesen Penyelidikan
Stesen Penyelidikan Luar UMT berfungsi untuk mengurus dan menyelenggara stesen. Di samping itu, stesen UMT juga menyokong perkhidmatan dalam bidang tujahan dan menyediakan fasiliti bagi aktiviti outdoor, P&P dan trip penyelidikan.
Bahagian Pengurusan Kompleks Makmal
Kompleks Makmal berfungsi untuk menguruskan fasiliti makmal secara gunasama dan penyelenggaraan secara berpusat. Ia juga menyokong P&P dan penyelidikan di UMT dengan penyediaan ruang, peralatan makmal dan peralatan berteknologi tinggi di samping menekankan aspek keselamatan, kesihatan & persekitaran. Kompleks makmal turut menawarkan perkhidmatan analisa sampel, penyediaan sampel serta latihan teknikal yang berupaya menjana pendapatan universiti.
Bahagian Pengurusan Bahagian Kapal dan Bot
Bahagian Kapal & Bot (BKB) menyediakan fasiliti pengangkutan air untuk aktiviti persampelan, penyelidikan dan aktiviti P&P. Di samping itu, pihak BKB juga menguruskan penyelenggaraan semua bot-bot UMT secara berpusat serta perkhidmatan sewaan bot serta kapal penyelidikan kepada agensi luar bagi tujuan persampelan dan penyelidikan di laut.